Kenali label Cekap Tenaga (Energy Commision)

                                           
Kita telah mengetahui serba sedikit mengenai Kecekapan Tenaga sekarang mari kita mengenali labelnya.Gambar diatas adalah salah satu label yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Label ini bertujuan untuk memberi maklumat secara terperinci dalam membantu semua pengguna dalam memilih barangan elektronik yang cekap tenaga.Jika diperhati terdapat bintang yang wewakilkan kecekapan baranag elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga elektrik.Bintang satu menunjukkaan barangan elektronik tersebut memiliki kecekapan tenaga yang rendah manakala lima bintang menunjukkan barangan tersebut memelik kecekapan tenaga yang tinggi dan berkualititi.

                                

Namun,setakat ini label tersebut hanya ada pada barangan elektronik seperti penghawa dingin,peti sejuk,kipas dan lain-lain.Pengguna boleh mengetahui kecekapan tenaga sesuatu barang hanya berdasarkan label ini, cara ini amat mudah dan effiesien untuk semua masyarakat.Malah dengan adanya label ini para pengguna boleh membandingkan sesuatu barangan dengan barangan yang lain untuk melihat tahap kecekapan tenaga.Pengiraan Penggunaan Kecekapan Tenaga ditentukan melalui kaedah yang telah diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga(ST).

                                              
                                                              LOGO SIRIM


Proses pengujian itu diketuai dan dijalankan oleh pihak SIRIM.Sekiranya,ujian tersebut lulus maka pihak Suruhanjaya Tenaga(ST) akan mengiktiraf label Kecekapan Tenaga berdasarkan taraf bintang 1 sehingga 5.Standard adalah satu panduan yang menggariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang atau perkhidmatan.

                                                        


Di Malaysia,kita telah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal iaitu Performance Of Household and Similar Electrical  Appliances dengan bertujuan untuk membangunkan standard elektrik bagi kegunaaan isi rumah dengan kecekapan tenaga.Dokumen MS(Malaysia Standard) yang sedang membangun ini akan membantu industri dalam mengeluarkan barangan yang mengikut kriteria tertentu yang ditetapkan.

Comments

Popular Posts