Bagaimanakah kita boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik
1. Lampu
→Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.
→ Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.
→ Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.
2. Peralatan komputer
→Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila tidak digunakan. Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
→Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga.
→Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting
3. Alat pendingin hawa
→Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa.
→ Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi.
→ Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.
4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio, pengecas bateri dsb
→ Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.
Itulah langkah-langkah yang mudah dan senang, tetapi terdapat banyak lagi cara untuk kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik oleh itu kita harus berfikir dan menjadi pengguna yang bijak.
Comments
Post a Comment