Memahami lebih lanjut kepentingan kecekapan tenaga


Kita akan melihat mengikut point agar mudah untuk difahami.

1.Memahami Kecekapan Tenaga

Kali ini kita akan cuba untuk memahami dengan lebih dalam mengenai APA sebenarnya Kecekapan Tenaga ini.Kita ketahui Kecekapan Tenaga ialah satu kaedah yang telah diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan melakukan tugasan yang sama.Contohnya, di rumah atau di tempat kerja yang mempunyai peralatan komersial, maka ia hanyaa memerlukan jumlah tenaga yang sedikit untuk memanaskaan,menyejukkan dan paling kerap ialah penggunaan lampu di bangunan.

Selain itu,penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di setiap kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama banyak.Perkara ini boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem "DRIVE" , sistem udara mampat yang kecekapannyaa tinggi dan peralatan industri yang lain.


2.Mengapakah Kecekapan Tenaga penting?

Pengunaan tenaga elektrik yang cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang keatas tenaga itu.Melihat kepada keadaaan ekonomi yang semakin merungsingkan menyebabkan masyarakat kita perlu memupuk sifat berjimat cermat demi masa depan mereka dan negara.Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga elektrik yang rendah.

Faedah secara keseluruhan kecekapan tenaga adalah seperti berikut:-

A.KOS

Pengurusan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit sekaligus meningkatkan keuntungan yang tinggi.

→Kesan positif keatas produktiviti dan terdapat daya saing.

B.PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

→Mengurangkan jumlah pengeluaran gas karbon yang akan menyumbang kepada pemanasan global di seluruh dunia.

→Mengurangkan pencemaran udara dan mewujudkan persekitaran udara yang bersih

→Kecekapan tenaga adalah salah satu langkah yang sangat berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa yang pendek.


 
C.KESELAMATAN BEKALAN

→Dapat mengurangkan pembinaan loji janakuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan daan pembinaan.

→Membendung  pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan  dan meingkatkan keselamatan bekalan.

→Pengurangan kadar tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api yang diperlukaan untuk membakar yang mendorong kepada pengurangan jangka masa panjaang dalam menggunakan tenagaa ini.. Kaedah ini aamat membantu untuk memanjangkan hayat sumber-sumber asil seperti arang,,api fosil dan gas.

3.ADAKAH KECEKAPAN TENAGA SAMA SEPERTI MENJIMATKAN TENAGA?
Untuk menjimatkan tenaga bukan hanya diterjemah kepada penggunaan tenaga yang cekap.Walaubagaimanapun,kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga,akan menjimatkan tenaga dan akan mengurangkan kos operasi


 A.KECEKAPAN TENAGA

Perkara ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap,seperti motor yang cekap dan tenaga yang tinggi , lampu,dan lain-lain.

Yang melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenalpasti teknologi yang betul.Kecekapan tenaga kebanyakkannya digunakan dalam bidang industri.

B.PENJIMATAN TENAGA
➤Perkara ini dapat dicapai dengan cara menutup lampu apabilaa tidak digunakan dan menggunakan cahaya matahari,

➤Tidak melibatkan kos tetapi memerlukan tingkah laku pengguna sahaja.Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.

Comments

Popular Posts