Mengapakah kita harus memelihara tenaga elektrik?



Sesungguhnya tenaga elektrik yang kita dapat ini merupakan anugerah tuhan yang tidak terhingga.Kita harus bersyukur dengan pemberiannya kerana tenaga elektrik merupakan tunggak kepada kemajuan dunia yang telah dikecapi sehingga kini.

Selain itu, tenaga elektrik tidak kekal malah kelak akan hilang jika kita tidak dipelihara dan menggunakannya dengan cekap dan proaktif.Kita tahui bahawa tenaga elektrik dijana melalui pelbagai cara seperti penjana elektrik hidro,terma,diesel,nuklear dan turbin gas.Di negara kita ,penjanaan elektrik adalah dengan menggunakan penjana kuasa hidro.

Di Samping itu,di sesebuah negara mereka menjana tenaga elektrik dengan menggunakan bahan tertentu iaitu Penjanaan Therma.Jika rakyat di negara itu tidak mengamalkan sikap berjimat cermat maka penggunaan elektrik akan terhapus dan menyebabkan negara mundur daripada kemajuan.

Akhir sekali,walaupun kita mengetahui bahawa tenaga elektrik boleh diperbaharui namun itu bukan alasan untuk kita terus menyalahgunakan tenaga elektrik.Tenaga elektrik harus dijadualkan penggunaanya mengikut keperluan masing-masing.

Intihannya,pada zaman moden ini tenaga elektrik sangat penting dalam mencapai kemajuan yang lebih kehadapan setara dengan zaman.Bayaran dikenakan dalam menggunakan tenaga elektrik oleh itu kita harus berjimat cermat menggunakannya agar bayaran yang tinggi tidak akan dikenakan.

Comments

Popular Posts